Selasa, 25 Jun 2013

Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP)

Teori  Kecerdasan Pelbagai (TKP)

Kecerdasan Pelbagai ialah kebolehan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar, kebolehan menjana masalah baharu untuk diselesaikan, dan kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.

Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dalam kajiannya Howard Gardner mendapati ‘seven ways of knowing, perceiving and understanding life’. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai masyarakat termasuk kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa.Teori Kecerdasan Pelbagai berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi konsep kecerdasan yang relevan dalam pendidikan hari ini. Ianya dirumuskan sebagai:

       kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar.
       kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan.
       kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya.

Dr. Roger Sperry turut menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang berbeza-beza mengikut perkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kiri mempunyai fungsi yang berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap menggunakan sebelah otak sahaja. TKP berkembang mengikut konteks penggunaannya.





OTAK KIRI

•  Bahasa
•   Formula Matematik
•   Logik
•  Nombor
•   Urutan
•   Linear
•  Analisis










 

OTAK KANAN

•  Bentuk dan corak
•   Ruang
•   Irama dan apresiasi 
    muzik
•  Imej/gambar
•   Imaginasi
•   Berkhayal
•  Dimensi










 
Quad Arrow Callout: OTAK
 









Rajah 2.1: Perhubungan otak kiri dan kanan


Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai
                       








           




Rajah 2.2: Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai (Howard Gardner)






Objektif Teori Kepelbagaian Kecerdasan(TKP)

TKP  berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi konsep kecerdasan
yang relevan dalam pendidikan masa kini.  Linda Campbell, Bruce Campbell dan Dee
Dickinson merumuskan definisiHoward Gardner sebagai:

a)   kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar.
b)   kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan.
c)   kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam  
      lingkungan sesuatu budaya.

Tujuan Mengaplikasikan Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran

i.    Meningkatkan pemikiran yang lebih mendalam
ii    Memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara
iii    Mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baharu dan  
      berlainan

















Ciri-Ciri Teori Kepelbagaian Kecerdasan
 
















Rajah 2.3: Perhubungan otak kiri dan kanan

Jenis-Jenis Teori Kepelbagaian Kecerdasan
-       Natural
-       Verbal-linguistik
-       Logik Matematik
-       Visual-Ruang
-       Kinestatik
-       Muzik
-       Interpersonal
-       Intrapersonal







Contoh Pengintegrasian Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran

i   Verbal-Linguistik
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi    
menggunakan bahasa lisan (pidato, ceramah, perbahasan), bacaan (buku, surat khabar,
majalah), dan penulisan (puisi, laporan, minit mesyuarat).

ii  Logik-Matematik
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi  memasukkan nombor, pengiraan, pengelasan atau menggalakkan pemikiran
kritis.

iii Visual-Ruang
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
merangkumi peta minda, garis, visualisasi, warna, seni, metafora atau lain-lain borang
pengurusan grafik.

iv Kinestetik
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi
pengalaman pergerakan seluruh badan atau aktiviti ‘hands-on’ (latihan amali, penyiasatan,
kajian luar).

v  Muzik
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi
penggunaan muzik, bunyi-bunyian persekitaran atau unsur ritma dan melodi.

vi Interpersonal
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
murid dalam perkongsian rakan sebaya, pembelajaran korporatif dan kolaboratif atau
simulasi kumpulan, lawatan, amali, dan kerja lapangan.




vii Intrapersonal
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi  
pilihan kepada murid merangsang perasaan kendiri (menulis, jurnal, diari, membuat refleksi,
penilaian kendiri).

viii Naturalis
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan  
penggunaan flora dan fauna, awan, sungai, gunung (alam semula jadi) ke dalam bilik darjah
atau membawa murid ke luar ke alam semula jadi, kembara visual, amali, dan kerja  lapangan.


Kepentingan Teori Kepelbagaian Kecerdasan

-       petunjuk kepada potensi murid
-       menjadi petunjuk kepada guru untuk merancang pengajarannya
-       membolehkan guru menjalankan pengajaran mengikut lapan kecerdasan
-       membangun bidang akademik dan ko kurikulum murid
-       mempelbagaikan cara penilaian
-       menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan FPK dan keperluan murid
-       mewujudkan suasana kolaboratif di sekolah
-       menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran

Bagaimana Melaksanakan TKP Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

Terdapat lima model yang dicadangkan, guru boleh memilihnya berdasarkan   kesesuaian murid, bilik darjah, dan topik yang diajar iaitu;

SISIPAN                     Guru boleh memilih satu atau dua kecerdasan dan digunakan dalam pengajaran secara tidak langsung.
JARINGAN                 Setiap kecerdasan digunakan dalam pengajaran PSV.
JALINAN                     Satu kecerdasan digunakan dalam beberapa mata pelajaran.
PERKONGSIAN        Beberapa kecerdasan dipilih untuk digunakan dalam dua mata
pelajaran.
KESEPADUAN          Beberapa kecerdasan digunakan secara bersepadu merentasi

mata pelajaran yang berlainan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan