Khamis, 27 Jun 2013

Penyusunan Semula melalui Ayat Songsang

Penyusunan Semula melalui Ayat Songsang
Proses penyusunan semula berlaku juga pada ayat songsang.  Apabila keterangan tempat, keterangan masa, keterangan syarat, keterangan musabab dan sebagainya hendak diberikan fokus, maka ayat tersebut bolehlah disongsangkan.  Perhatikan contoh-contoh yang berikut:
(60)     Pengantin baru itu pergi berbulan madu.
(60b)   Pergi berbulan madu pengantin baru itu.
(61)     Mereka bertolak ke luar negara semalam.
(61a)   Semalam mereka bertolak ke luar negara.
(62)     Othman tidak ke pejabat kerana dia demam.

(62a)   Kerana dia demam Othman tidak ke pejabat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan