Khamis, 27 Jun 2013

Penguat

Penguat
  • Kata penguat boleh hadir dalam frasa adjektif  berdasarkan jenis-jenisnya. Terdapat tiga jenis penguat:

(i)   Penguat hadapan
(ii)  Penguat belakang
(iii) Penguat bebas

  • Penguat hadapan merupakan kata yang terletak di hadapan kata adjektif.
Penguat hadapan  terdiri daripada kata terlalu dan paling.
 Contoh:
(1)       Rumahnya  terlalu besar.
(2)        Lukisan  itu  paling cantik.

  • Penguat belakang pula merupakan kata yang terletak di belakang kata adjektif seperti sekali, benar, nian
(3)     Pakaian pengantin itu   cantik sekali.
(4)     Kereta lama itu lambat benar.
(5)     Taman Bunga di istana itu indah nian.

  • Penguat bebas ialah perkataan yang kedudukannya bebas, iaitu boleh hadir di  hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat dan sungguh.
(6)     Kubah masjid itu  amat besar.
(7)     Gerakan dan gaya Silat Gayung Fatani tangkas sungguh.

Unsur penguat yang hadir berderetan sebelum kata adjektif juga wujud dalam binaan frasa adjektif. Contoh : sungguh amat, terlalu amat, seperti dalam ayat-ayat berikut:
(8)       Percakapan  orang muda itu sungguh amat  kasar .

(9)        Kelakuan  anaknya terlalu amat sopan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan