Khamis, 27 Jun 2013

Membuat Corak dan Rekaan

Membuat Corak dan Rekaan


Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu corak terdiri daripada corak terancang dan corak tidak terancang.  Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau corak tidak terancang.  Motif ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu  rekaan atau gubahan. Ia terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik. Corak Tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi.

Motif fauna bagi batik

 

Ilustrasi  2.1

Motif flora bagi batik

 
Motif geometrikal

 
      
       Ilustrasi  2.2                                            Ilustrasi  2.3


Corak Tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan
mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi.

Corak pucuk rebung
 
        
       
Ilustrasi  2.4



PENGHASILAN CORAK

Terdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu:
i  Corak Terancang –  dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasil kan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak.







Ilustrasi  2.5
Contoh corak terancang

ii    Corak Tidak Terancang atau bebas -  Corak Tidak Terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya.

     
Ilustrasi  2.6
Contoh corak tidak terancang

Text Box: CORAK TIDAK TERANCANG
1. Gurisan
2. Pualaman
3. Titisan
4. Resapan
5. Lipatan dan celupan

Text Box: CORAK TERANCANG
1. Kolaj
2. Mozek
3. Capan
4. Stensil
5. Resis

                                                                      







Jadual 2.10 Teknik Mencorak

JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM CORAK DAN REKAAN

Berikut adalah jenis-jenis susunan dalam corak dan rekaan:

(a) Susunan Ulang Sekata - Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan grid sebagai panduan.

(b) Susunan Berselang Seli - Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau diantara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik dan teratur.

(c) Susunan Batu-bata - Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnya disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.

(d) Susunan Bertimbal - Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi yang bertentangan.
AKTIVITI 1.4
(e) Susunan Bertindih -  Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain sehingga membentuk corak yang menarik.

(f) Susunan Beralun - Motif yang dihasilkan kelihatan berombak dalam bentuk garisan yang sekata atau tidak. Motif yang digunakan boleh terdiri daripada motif yang sama atau berbeza.

(g) Susunan Berpusat - Motif susunan berpusat, berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segiempat, hexagon, oktagon dan sebagainya.







Teknik Mozek

Susunan bahan yang ditampal di atas satu permukaan kertas secara sebelah – menyebelah dan tidak bertindih – tindih. Susunan bahan yang ditampal perlu mengikut corak yang dirancang.

Bahan untuk mozek
1. Mozek kertas
2. Mozek manik
3. Mozek labuci
4. Mozek bijirin
5. Mozek lidi
6. Mozek syiling
7. Mozek kertas ‘creep’

Alatan dan Bahan                                                                                                       
1. Gunting                                          
2. Kertas creep pelbagai warna         
3. Gam















Langkah-langkah aktiviti
           
Alatan dan bahan

 
Gunting kertas ‘creep’ dalam bentuk segi empat tepat dengan saiz 3 cm.

 
     

                                                           
Lukis garisan grid susunan corak yang dipilih – batu-bata.

 
Gentel kertas ‘creep’ untuk membuat
bola – bola kecil.

 
     
Tampal bola – bola kertas ‘creep’ secara sebelah – menyebelah mengikut motif dan warna yang sesuai

 
Lukis lakaran motif pada susunan corak

 
                
Hasil corak
 
                                              


Gambar 2.1  Langkah-langkah Penghasilan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan