Khamis, 27 Jun 2013

Frasa Adjektif Sebagai Predikat

Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat
Frasa adjektif   ialah frasa yang terdiri daripada kata adjektif  sebagai unsur intinya. Frasa adjektif merupakan komponen penting dalam proses melengkapkan sesuatu ayat. Dalam hal ini, frasa adjektif boleh terdiri daripada satu kata adjektif atau beberapa kata yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat sama ada di hadapan atau di belakangnya. Hal yang demikian bersesuaian dengan fungsi kata bantu dan penguat sebagai binaan dan unsur pengisian dalam frasa adjektif.
Contoh :

8.1.1 Frasa  Adjektif  Sebagai Predikat
            Predikat dalam sesuatu ayat boleh terbina daripada frasa adjektif. Dalam hal ini, frasa adjektif juga boleh hadir selepas subjek sebagai predikat.
Contoh:
(1) . Rumah itu   sudah usang.
Dalam ayat (1) [rumah itu ] merupakan subjek frasa nama yang diikuti oleh predikat frasa adjektif.
Dalam binaan predikat,  [sudah + usang] merupakan predikat yang terbina daripada unsur-unsur  berikut :
[kata bantu  +  kata adjektif]

Ayat (1) boleh disongsangkan menjadi seperti berikut:
(1) (a) Sudah usang rumah itu. [predikat + subjek]
Frasa predikat yang mendepani subjek sudah berpindah tempat melalui proses penyongsangan. 
Contoh-contoh lain:
(2).     Kulitnya putih melepak. (susunan biasa)
(2) (a) Putih melepak kulitnya   (susunan songsang) [predikat + subjek]
(3).     Warna bola itu biru tua. (susunan biasa )

(3) (a)  Biru tua warna bola itu. (susunan songsang) [predikat + subjek]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan