Khamis, 27 Jun 2013

Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen

Frasa Adjektif dan Ayat Komplemen
Frasa adjektif yang berperanan sebagai predikat dalam ayat boleh diikuti oleh ayat komplemen. Kesannya, ayat  tersebut akan menjadi ayat komplemen.

Contoh:
(1)   Ketua kampung itu percaya bahawa anak buahnya memberikan sokongan padu.
(2)   Zulmazran Zulkifli  yakin bahawa pasukan Malaysia akan meraih pingat emas
       dalam acara boling.
(3)   Peserta kursus sedar bahawa mereka harus  tidur di khemah
       sementara.

(4)   Dia insaf bahawa dia perlu meningkatkan kualiti ibadahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan